Promosi Sewa Lampu Phototherapy Demam Kuning (Jaundice) | Turunkan Bacaan Kuning Baby Dari Rumah | Kuala Lumpur , Selangor , Negeri Sembilan

Pengalaman Baby Kena Jaundice & Rawatan Terbaik Turunkan Bacaan Demam Kuning


Assalamualaikum semua.

Cik Misi nak kongsi pengalaman kawan baik masa di Kolej dulu, sekarang masing-masing dah berkahwin dan paling best dia sekarang tengah sarat mengandung anak kedua. Tepat waktu subuh masa tu lahirlah seorang puteri bernama Hana Maisarah yang cukup sifat, baby pon tak lama kat hospital dah berak kencing doktor bagi balik rumah.

Ada juga lah bisik-bisik kat dia "kau tu kena selalu perhati baby tu kalau ada tanda-tanda kuning kat badan dia". Bukan apa anak sulung dia dulu tinggi juga la bacaan kuning jaundice nya jadi tak mustahil anak kedua ni pon akan repeat.


Nak dijadikan cerita masa check kat Klinik Kesihatan Sepang ,bacaan kuning Maisarah agak tinggi tapi tak sampai tahap kena duduk bawah lampu dan masuk wad lagi, kawan dah mula risau dan stress. Esoknya follow up check di Klinik Kesihatan Sepang dan nak tau tak bacaan kuning jaundice baby Maisarah naik mendadak sampai doktor bebel kata maknya tak menyusukan baby. Cik Misi dah syak mesti susu dia tak keluar sebab stress.


Balik daripada check up kat klinik kami terus terpacak kat kedai herba cina nak cuba dulu rawatan tradisional mana tau berkesan. Esoknya pergi klinik semula untuk check kuning juandice lagi, nampak dari riak muka dia sebenarnya tak larat dah nak follow up dengan pantang tak habis lagi, lebih-lebih lagi mak-mak yang baby keluar ikut tingkap lagi la azab. Sejam berlalu giliran baby Maisarah check bacaan kuning jaundice dia. Tup-tup doktor suruh refer hospital Putrajaya sebab naik melebihi 270 bacaannya dan perlu rawatan lampu jaundice phototherapy untuk turunkan bacaan kuning Maisarah, Cik Misi terus teringat sorang doktor Cina sama tempat kerja ada cerita pasal rawatan phototherapy tu di rumah, terus Cik Misi suggest dekat dia untuk discuss bagitahu doktor Klinik Kesihatan nak buat kat rumah je.

Doktor pon faham dengan keadaan mak baru lepas bersalin ni macam mana terus bagi green light suruh pasang secepat yang mungkin. Petang tu juga Cik Misi terus call kawan Doktor Cina tu dan tanya,dapat nombor telefon terus call dan bagi detail location rumah suruh hantar lampu phototherapy. Tak lama lepas booking, Encik Kamil dan team dia sampai dan tolong pasangkan. Siap demo cara nak ON lampu phototherapy , terangkan safety precaution sebelum letak baby bawah lampu, siap pakaikan penutup mata kat baby Maisarah, berapa lama nak buat rawatan dan beberapa tips yang cukup berguna.

lampu jaundice


lampu jaundice


lampu jaundice



Tak sangka info dari doktor Cina tu dapat Cik Misi bantu kawan baik sendiri. Syukur sangat rasa sebab kalau kena masuk wad memang tak larat nak uruskan baby sendiri,dengan jahitan yang belum baik, dengan rahim yang belum kecut. Memang pergerakan agak terbatas nak turun naik katil hospital tu tau-tau je la kan, nak susukan baby lagi. Nampak riak muka dia happy walaupon baby Maisarah kena duduk bawah lampu phototherapy, baby pon kuat menyusu in shaa Allah cepat la tu turun bacaan kuning jaundice.


Selepas sehari baby Maisarah bawah lampu biru bacaan jaundice dia menurun dan doktor pon happy dan minta teruskan rawatan phototherapy tu dan datang semula esoknya .Gembiranya hati seorang ibu sampai dipeluknya Cik Misi ni. Kepada kawan-kawan yang nak sewa dan memerlukan perkhidmatan mereka boleh klik link di bawah ye :



Emel
goldenleadshospitality@gmail.com

Facebook:

Klik link untuk whatsapp

Call:
+60115977766

p/s :

Kepada mak-mak yang bakal bersalin tu kalau anak sebelum ni ada history kena jaundice boleh la standby save siap-siap nombor Encik Kamil ni atau klik je link whatsapp yang saya dah share kat atas tu lagi senang nak save. Semoga sharing Cik Misi ni bermanfaat buat mak-mak di luar sana.

Perkhidmatan penghantaran Sewa Lampu Phototherapy di kawasan sekitar Selangor dan KL turut disediakan tanpa sebarang pertambahan kos:

Selangor & KL
Sepang, Salak Tinggi, Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak, Cheras, Bangi, Kajang, Banting, Morib, Putrajaya, Serdang, Puchong, Selayang, Kota Warisan, KLIA, Sentul, Seri Kembangan, Sungai Buloh, Ampang, Bnadar Saujana Putra, Cyberjaya, Pudu, Rawang, Kota Damansara, Wangsa Maju dan Dengkil.

Negeri Sembilan
Nilai, Seremban, Sendayan, Rembau dan Senawang.